BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Syukur Alhamdullillah dengan limpah RahmatNya kita dapat bersua di dalam blog ini
yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berinteraksi
dikalangan semua pelajar-pelajar Islam INTI Kolej Sabah.

Friday, February 5, 2010

Diari Islam 1431/1432H

Salam
Hari Jumaat yang Mulia 5/2/10. Terdetik hati kecil untuk mencari CD selawat keatas Rasul. Allah MAHA mengetahui. 10 minit kemudian seorang remaja memberi salam depan pintu masuk utama kolej. " Assalamualaikum kak". Selepas menjawab salamnya seperti biasa PnZ menolak pelawaan membeli dari penjual yang berkeliaran. Entah macammana tergerak untuk memanggil remaja tersebut dan melihat barang yang dijual. Rupanya Diari Islam 1431H. Rezeki penjual bila PnZ membeli 1 diari. Selepas membayar,PnZ ternampak CD ditangannya lalu bertanya.."tu ape dek? jual ke?".."Ya kak" jawab remaja tersebut...MasyaAllah...bagaikan pucuk dicita ulam mendatang!... CD SELAWAT KE ATAS NABI ditangannya!! Berderau jantung PnZ dibuatnya. Syukur Alhamdullillah. Jadi CD ini akan dimainkan sempena Sambutan Maulidur Rasul Intisabah. Nanti kita mendengar bersama-sama, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Salam
    Tahukah anda tiada orang lain yang mengetaui apa yang didalam fikiran dan hati kita selagi kita tidak memberitahu sesiapa..TETAPI sesungguhnya ALLAh itu MAHA MENGETAHUI NIAT diHATI. Terharu kan??

    ReplyDelete