BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Syukur Alhamdullillah dengan limpah RahmatNya kita dapat bersua di dalam blog ini
yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berinteraksi
dikalangan semua pelajar-pelajar Islam INTI Kolej Sabah.

Monday, February 1, 2010

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum
Ahli-ahli Kelab Pelajar Islam yang dirahmati Allah.

Saya berterima kasih kepada anda kerana sudi melawat blog ini yang dicipta khas untuk pelajar-pelajar Islam Inti Kolej Sabah. Pada hemat saya, selaku pengasas dan penasihat persatuan sejak kurang 2 tahun lalu, semua pelajar Islam Inti Kolej Sabah adalah secara automatik menjadi ahli. Maka tidak perlu kita meminta pelajar-pelajar Islam yang baru menjadi warga INTI untuk memohon menyertai kelab ini semasa orientasi . Apa yang perlu dibuat ialah berjumpa terus dengan mana-mana ahli jawatankuasa kelab atau saya sendiri atau email kami di www.inti_islamic.club@yahoo.com


Satu isu utama yang dihadapi oleh kelab ini ialah siapakah yang sepatutnya menjadi pengerusi kelab? Dari pengalaman kelab sejak tiga tahun lalu, kebanyakan ahli-ahli yang aktif dan komited terdiri dari ahli-ahli perempuan. Berdasarkan pengalaman tersebut, tradisi lelaki sebagai pemimpin kelab terpaksa diolah supaya mereka yang lebih aktif dan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kelab diberi pengiktirafan yang setimpal. Walaubagaimanpun, semua pemilihan pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab akan dijalankan secara demokrasi dan pemilihan dibuat oleh ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat kelab yang pertama setiap semester. Notis mesyuarat dipaparkan di papan kenyataan sekurang-kurangya dua hari sebelum mesyuarat. Para pelajar dinasihatkan supaya membaca notis-notis yang mungkin dipaparkan dari masa kesemasa.

Selamat Berkenalan dan semoga perancangan kelab pada tahun-tahun akan datang akan lebih tersusun.
Wasallam.

No comments:

Post a Comment