BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Syukur Alhamdullillah dengan limpah RahmatNya kita dapat bersua di dalam blog ini
yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berinteraksi
dikalangan semua pelajar-pelajar Islam INTI Kolej Sabah.

Wednesday, March 17, 2010

TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN SPM

Assalamualaikum.

Mungkin belum terlewat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar EIP dan CFP1 yang mendapat keputusan SPM baru-baru ini. Walaupun entry blog ni agak slow, namun PnZ pasti akan kembali pada masa dan waktu terluang. Kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi yang menjadi pilihan, PnZ ucapkan selamat maju jaya!! Sebelum tu kita pi muzium and farewell di sana. OK?

Saturday, February 27, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum :)

Sambutan Maulidur Rasul
Persatuan Pelajar Islam Inti College Sabah
25 Fabruari 2010 . Khamis

Our welcome's slide

Salam :)

Thursday, February 25, 2010

THUMBS UP FOR AN EXCELLENT TEAMWORK

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah Majlis Maulidur Rasul 1431M Kolej INTI Sabah berjalan dengan lancar petang tadi. Semua ahli persatuan dan pelajar yang hadir begitu ceria dalam majlis ringkas yang dianjurkan buat julung kali di Kolej INTI. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang melibatkan diri dalam penganjuran majlis petang tadi dan terima kasih kepada tetamu lain yang turut menceriakan majlis ini.

Terima kasih kepada Haryati dan Nur Izzah kerana membuat sandwich yang enak sekali, beli stationary dsbnya.

Terima kasih kepada Khalilah kerana menbuat poster serta slide Selamat Datang yang ceria, memilih ayat-ayat yang cantik,teks mc dsb.
Terima kasih Nurfaleeza, Aqilah dan Amirah.......for a creative white board and helping with angkat-mengangkat barang dsb.

Terima kasih Nurshilah dengan penyampaian sebagai juruacara majlis yang tersusun rapi dan sentiasa alert.

Terima kasih Azwan atas pimpinan doa selamat dan bacaan selawat keatas Nabi S.A.W.
Terima kasih Ariefah selaku time keeper.
Terima hasih Pn Nurhasni atas sumbangan hadiah saguhati.
Terima kasih kak Mariam dan kak...kerana buatkan kami minuman oren.
Terima kasih Norhayati dan juga kepada semua yang lain yang menolong menyusun meja dan mengemas bilik sebelum dan selepas tamat majlis.


Tahniah kepada yang berjaya menganjurkan majlis dengan kemas dan teratur.

TAHNIAH KEPADA PEMENANG:
Pertama: Khalilah Kedua:Nurizzah Ketiga: Ahmad Zahrawi
Saguhati: Haryati, Sharizal, Nurshilah, Nurfaleeza dan Norhayati
Pemenang Bukan Islam: Perishee.

THANK YOU ALL, TERIMA KASIH, SYUKRAN

Tuesday, February 9, 2010

Sikap Suka Berlengah -Procrastination

Semua manusia mempunyai sikap ini!!! Satu sikap yang dengan sengaja memperlahankan pencapaian sesuatu tujuan atau melambat-lambatkan sesuatu perkara. Bayi kecil sahaja yang tidak mempunyai sikap ini. Apabila bayi lapar ia akan terus menangis, apabila masa tiba ia akan terus buanag air sesuka hati, dsbnya. Bila bayi menjadi kanak-kanak dan pandai mengawal 'natural law', kita selalu nampak mereka menahan diri untuk ke tandas..dan bila disuruh mandi, jawapan mereka.."kejap" Apabila semakin pandai maka sikap ini akan mula menjadi-jadi. Pada mulanya melalui pendedahan oleh ibubapa dan bertambah lagi apabila seseorang itu ramai teman dan pandai berfikir sendiri!

Sebagai contoh, apabila anak meminta sesuatu dan kita sibuk memasak kita kata 'nanti kejap' ..kalau dia meminta sesuatu dan kita belum bersedia kita kata 'nanti dulu'...sekiranya kita lupa dan dua-dua terlupa maka perkara itu akan lenyap sehinggalah ke saat terakhir!! Kadang-kadang dah terlambat!! Satu sikap yang boleh diubah...oleh diri sendiri atau oleh orang yang akan mengingatkan kita. Manusia memang banyak alasan. Tetapi apabila seseorang itu semakin matang, alasan melengahkan sesuatu menjadi semakin hebat! Yang penting jauhkan dari sikap melengah-lengahkan sesuatu perkara terutamanya jika ia melibatkan orang lain. Sentiasa bersedia jauh lebi awal dari objektif asal. anda kan merasa puas dan tercari-cari apa lagi yang boleh anda lakukan segera.

Saturday, February 6, 2010

Pertandingan Seni Khat Islam - 25.2.2010

Salam. Pelajar yang diRahmati Allah

Sempena Sambutan Maulidur Rasul,PPII akan menganjurkan Pertandingan Seni Khat Islam. Hadiah=hadiah seperti berikut:

Pertama RM50
Kedua RM30
Ketiga RM20

3 Hadiah saguhati: Hamper


note: Siapakah orang yang anda rasakan sesuai menyampaikan hadiah2..Principal??

Syukran

KEK COKLAT PnZ

Salam

Pernahkan anda singgah di Kedai Kecil Kelab Kebajikan (Charity Club) di tingkat 1 tu? Jika anda nampak Kek Coklat atau pernah merasanya, itu PnZ punya! Tujuan PnZ supply di situ supaya lebih ramai membeli. Persatuan Pelajar Islam akan menderma 0.10sen kepada Kelab Kebajikan dan 0.40sen akan terkumpul untuk kelab kita. Baru testrun. Ramai juga peminat kek coklat PnZ. Ada idea lain tak? Idea dari ahli sangat-sangat diperlukan.

Apa itu Seni Khat?

Seni kaligrafi Islam atau ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelusok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – 17 seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Source: Ejawi Portal

Surau Bilik Sembahyang

Salam
Suatu ketika dulu Intisabah takde surau. Berkat usaha Pn Maria Basister (nama Islam dia saya terlupa sebab dia tak guna namatu); salah seorang bekas penasihat Charity Club, juga pensyarah dan Head of Programme yang agak lantang bersuara, maka Intisabah dapat satu surau, walaupun kecil (bilik je) kita bersyukur. Beberapa tahun selepas itu, pihak MQA (dulu dikenali dengan nama LAN) memberi komen bahawa surau tu terlalu sempit. Lelaki dan perempuan memanglah tak boleh masuk bersama-sama, terlalu sempit dan tak bertingkap. Hinggakan pengetua yang pertama pernah mensyaki sesuatu yang negatif. MasyaAllah. Begitu buruk sangka tanpa sebarang bukti. Tapi akhirnya kita dapat tubuhkan persatuan sendiri dan surau ini dibawah tanggungjawab semua pelajar Islam Intisabah.

Pagi tadi Haryati dan Nurfaleeza tolong kemas sikit-sikit dan satu meja serta kerusi ditempatkan disana. Kakak cleaner tolong vacuum sebab ada lipas. Terima kasih! PnZ dah letakkan 2 sejarah baru untuk berkongsi bersama. Jadi sekiranya ada para ahli ingin menderma telekung dan surah2 yasin serta buku2 berunsur agama, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Wasallam.

Friday, February 5, 2010

Diari Islam 1431/1432H

Salam
Hari Jumaat yang Mulia 5/2/10. Terdetik hati kecil untuk mencari CD selawat keatas Rasul. Allah MAHA mengetahui. 10 minit kemudian seorang remaja memberi salam depan pintu masuk utama kolej. " Assalamualaikum kak". Selepas menjawab salamnya seperti biasa PnZ menolak pelawaan membeli dari penjual yang berkeliaran. Entah macammana tergerak untuk memanggil remaja tersebut dan melihat barang yang dijual. Rupanya Diari Islam 1431H. Rezeki penjual bila PnZ membeli 1 diari. Selepas membayar,PnZ ternampak CD ditangannya lalu bertanya.."tu ape dek? jual ke?".."Ya kak" jawab remaja tersebut...MasyaAllah...bagaikan pucuk dicita ulam mendatang!... CD SELAWAT KE ATAS NABI ditangannya!! Berderau jantung PnZ dibuatnya. Syukur Alhamdullillah. Jadi CD ini akan dimainkan sempena Sambutan Maulidur Rasul Intisabah. Nanti kita mendengar bersama-sama, InsyaAllah.

Thursday, February 4, 2010

Diluluskan

Salam
Pelajar Islam Intisabah. Proposal untuk Maulidur Rasul telah diluluskan oleh hal Ehwal Pelajar Inti College. Lawatan masih pending budget approval.

Wednesday, February 3, 2010

Ahli Jawatankuasa Penganjur Aktiviti

Ahli-ahli Persatuan yang diRahmati Allah,
Seperti ynag dijanjikan berikut adalah senarai ahli jawatankuasa penganjur aktiviti kelab.

1. Maulidur Rasul

AJK :
President : Mohd Aznal Arief Bin Ramli
V.President : Mohd Azwan Bin Uddin
Secretary : Khalilah Sapawi
Treasurer : Amirah Izzati Abdul Ghani
Siti Nurul Aqilah Abdul Wahid

2. Visit to Muzium Tamadun Islam

AJK :
President : Haryati Kahar
V.President : Sharijal Bin Samulong
Secretary : Khalilah Sapawi
Treasurer : Ariefah Bte. Abdul Jaffar

Makluman Untuk Semua Ahli

Salam
Untuk makluman bersama peruntukan untuk kelab ini hanya RM500 untuk satu semester. Kebanyakan kelab biasanya menganjurkan hanya satu aktiviti sahaja setiap semester untuk memaksimakan peruntukan tersebut. Pada hemat saya persatuan kita tidak perlu mengikut trend tersebut kerana penglibatan dalam aktiviti kita lazimnya terhad kepada pelajar Islam sahaja. Apa pandangan anda?

Tuesday, February 2, 2010

Baju T-shirt Pelajar Islam Intisabah

Salam
Cadangan menempah baju T-shirt untuk ahli-ahli kelab menarik perhatian saya. sekiaranya ada apa-apa cadangan lain, bolehlah anda kemukakan di sini.

AKTIVITI TERDEKAT

Salam
AJK Kecil Sambutan Maulidur Rasul dan AJK Kecil Lawatan ke Muzium Tamadun Islam Sabah
telah dibentuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelajar Islam Intisabah yang diadakan tadi 3 Februari 2010 . Senarai AJK Kecil akan dipaparkan secepat mungkin.

Aktiviti yang akan dimasukkan dalam kertas cadangan untuk kelulusan INTI Kolej:

1. Sambutan Maulidur Rasul - 27hb Februari 2010 (SABTU)
- Selawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad SAW
- Pertandingan Khat
- Bacaan Al-Quran
- Doa Selamat
- Jamuan
**Pelajar Islam sahaja

2. Lawatan Sambil Belajar -13hb March 2010 (SABTU)
- Lawatan
- Kuiz Perkembangan Dunia Islam (General Knowledge)
**Dibuka kepada pelajar bukan Islam

Monday, February 1, 2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Januari 2010

Assalamualaikum.
Ahli-ahli kelab yang dirahmati Allah

Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Pelajar Islam bagi Sesi Januari 2010 telah diadakan pada Rabu 27hb Januari 2010. Senarai ahli adalah seperti berikut:

PRESIDENT
Haryati Kahar

VICE PRESIDENT
Mohd Sharijal Samulong

SECRETARY
Khalilah Sapawi

TREASURER
Ariefah Abdul Jaffar

AJK
1. Amirah Izzati Abd. Ghani
2. Siti Nurul Aqilah Abd. Wahid
3. Mohd Azwan Bin Uddin
4. Mohd Qaiyum Samulong
5. Mohd Aznal Arief Raml

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum
Ahli-ahli Kelab Pelajar Islam yang dirahmati Allah.

Saya berterima kasih kepada anda kerana sudi melawat blog ini yang dicipta khas untuk pelajar-pelajar Islam Inti Kolej Sabah. Pada hemat saya, selaku pengasas dan penasihat persatuan sejak kurang 2 tahun lalu, semua pelajar Islam Inti Kolej Sabah adalah secara automatik menjadi ahli. Maka tidak perlu kita meminta pelajar-pelajar Islam yang baru menjadi warga INTI untuk memohon menyertai kelab ini semasa orientasi . Apa yang perlu dibuat ialah berjumpa terus dengan mana-mana ahli jawatankuasa kelab atau saya sendiri atau email kami di www.inti_islamic.club@yahoo.com


Satu isu utama yang dihadapi oleh kelab ini ialah siapakah yang sepatutnya menjadi pengerusi kelab? Dari pengalaman kelab sejak tiga tahun lalu, kebanyakan ahli-ahli yang aktif dan komited terdiri dari ahli-ahli perempuan. Berdasarkan pengalaman tersebut, tradisi lelaki sebagai pemimpin kelab terpaksa diolah supaya mereka yang lebih aktif dan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti kelab diberi pengiktirafan yang setimpal. Walaubagaimanpun, semua pemilihan pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab akan dijalankan secara demokrasi dan pemilihan dibuat oleh ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat kelab yang pertama setiap semester. Notis mesyuarat dipaparkan di papan kenyataan sekurang-kurangya dua hari sebelum mesyuarat. Para pelajar dinasihatkan supaya membaca notis-notis yang mungkin dipaparkan dari masa kesemasa.

Selamat Berkenalan dan semoga perancangan kelab pada tahun-tahun akan datang akan lebih tersusun.
Wasallam.